Pernah dengar nama blogspot? wordpress? windows live ? dan berbagai lagi nama penyedia blog di dalam internet… Seringkali menyebabkan pengguna blog untuk kemaskini blog mereka apabila perlu login ke penyedia blog di alamat internet yang disediakan seperti blogspot.com / wordpress.com dsb
Bagaimana pula jika anda ingin kemaskini blog anda ketika tiada internet? Kemungkinan ada yang menjawab itu adalah mustahil dan melibatkan banyak langkah seperti simpan dahulu didalam Microsoft Word atau mana-mana aplikasi yang bersesuaian…. Tidak begitu? Disini mari kita tengok cara kemaskini blog dengan mudah dan pantas… dengan memerlukan sedikit configurasi di awal permulaan perisian…
Ikuti langkah-langkah ini dengan sebaiknya….
Configurasi Windows Essentials 2012
- Pindah turun perisian Windows Live Essential ke komputer anda… dialamat http://windows.microsoft.com/en-MY/windows-live/essentials-other-programs
- Setelah selesai, lancarkan fail yang dipindah turun itu… Tunggu sehingga skrin berikut dipaparkan
- Klik pada “Choose the programs you want to install”
- Sekarang, pilih “Writer”. Makluman, skrin sedikit berbeza dari sepatutnya kerana perisian telah ada didalam komputer ini… dan teruskan proses “Install”
Configurasi Windows Live Writer
- Lancarkan program “Windows Live Writer” dari “Start” menu. Skrin ini dipaparkan. Teruskan proses dengan klik pada butang “Next”..
- Pilih penyedia perkhidmatan blog anda… dan klik “Next”…
- Masukkan alamat blog anda, “username” dan “password” anda… Teruskan proses dengan klik butang “Next”…
- Paparan skrin dibawah menunjukkan sama ada, anda ingin memindah turun tema blog anda ke komputer anda… Ini membolehkan anda melihat bagaimana hasil”post” anda bila di”post” nanti… Dicadangkan klik “Yes”…
- Teruskan proses dengan klik “Finish” untuk mengakhiri configurasi…
Cara untuk “post” blog…
Berikut merupakan ringkasan gambar….
Pastikan anda kecilkan dahulu saiz gambar untuk mempercepatkan proses “upload”… Sila tengok post ini… http://blog.satellite-live.com/husni/?p=546
Sekian, dan Selamat Ber”Blogging”….
No comments:
Post a Comment