Showing posts with label islamic. Show all posts
Showing posts with label islamic. Show all posts

Monday, 10 September 2012

~Opps… Kursus Pra Perkahwinan…


Alhamdulillah… Already completed the Pre-Marriage Course at Hasani Management Training and Consultancy… Actually, I’ve heard the Hasani company since in primary or secondary school. Yet, they provide the text books for the school if I’m not mistaken…

 

Basically, the fee to attend this course worth RM80… Should we said this fee is to low? or probably increase it a bit more.. to RM800? So, those who attend this course really concentrate to the speakers as well… Lol… Thanks for those sleeping in the class…

 

So, let’s take a look at the timetable;

 


It’s really a tight schedule…  Forgive me to receive this time table with a colorful drawing there….

 

 

Here the fold file I received… So, classic… Named “Coconut Pocket File” aka Fail Poket Kelapa….

 

Inside the envelope got “Duit Raya”…. Hahah… 

 

The guidebook…  2nd revision… Maybe need to revise some more… Please put more colour… I’m not good a reader…

 

It’s just unexpected to receive the cert. at the end of the course… It’s suppose to be around 7 days….

 

This just another present for me… Unit letak kereta telah menyaman dengan jayanya… Nie kali ke-2 aku kene saman dengan Negeri Kedah Darul Aman… Hahah… Atas sebab tidak mempamerkan kupon letak kereta…

 

 

In conclusion, this course really good to increase the knowledge as well not really in the marriage term only but it’s cover overall the Islamic foundation too…  <Just not to detail> So, really good course…

 

Ok… Wassalam…

Tuesday, 30 August 2011

Salam Aidilfitri 2011

 

Assalamualaikum… Salam Aidilfitri buat semua… Syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah rahmatNya saya dapat merayakan Hari Kebesaran ini. Selepas, sebulan berpuasa…Semoga bersama-sama mendapat manfaat dariNya…

Monday, 15 August 2011

Tazkirah Terawih Malam Ke-15

Alhamdulillah… Berkesempatan mendengar tazkirah pada malam nie… So, tazkirah malam nie adalah berkenan dengan pelbagai penceritaan… Maybe xde la topik yang spesifik sangat… So, elok juga aku kongsi dengan kata lain aku tulis dalam blog nie… Kan jadi 20 minit tazkirah… Balik nyer umah… dengar dekat sana terhanguk2… balik umah habuk pun tarak…. So, next time leh gak refer… Huahauh

 

So, seperti yang diperkatakan oleh penceramah tadi…. Sungguhpun Syaitan telah diikat didalam bulan ramadhan nie… Tetapi Nafsu manusia itu belum diikat… Menariknya… analogi yang diberikan oleh penceramah tadi adalah berkenan dengan PEKASAM! Ibarat membuat PEKASAM dengan memasukkan ikan didalam tempayan… dan apabila ikan dikeluarkan… bau PEKASAM tu masih ada didalam tempayan walaupun ikan tadi dah dikeluarkan dalam tempoh yang lama…

 

Menarik juga mengenai tentang cara percakapan yang betul… dengan kata lain… cakap tu janganlah kasar sangat… Diceritakan oleh beliau… pada waktu dulu terdapat seorang RAJA yang mengahwini seorang puteri muda… dan pada malam itu… baginda telah bermimpi sesuatu yang tidak enak… So, esok paginya baginda memanggil semua hulubalang—hulubang…. (ye kot)… untuk mencari orang yang arif dalam menafsir mimpi….

 

So, orang yang dicari pun jumpa…. Dan ahli yang tafsir mimpu pun berkata kepada raja berkenaan bahaya PERMIASURI akan mangkat dahulu sebelum raja… Lepas tu ape terjadi… tamatlah riwayat penafsir mimpi tu….

 

Dan kejadian serupa juga telah berlaku pada hari berikutnya… So, macam biase.. raja nie pun suruh la orang suruhannya mencari ahli tafsir mimpi… Jumpa lagi.. So, ahli tafsir mimpi nie pun datang… dan memberitahu kepada baginda begini : ‘Tuanku, telah ditakdirkan umur panjang sedikit daripada umur PERMAISURI”…. dan ape yang terjadi… raja pun suka…

 

So, dengan kata lain… cakap tu kenelah baik… Jangan dok kasar2 sangat… Xpasal2 kene nanti… Lol…

 

Ada juga diceritakan didalam pengisian tazkirah tadi berkenaan dengan NUZUL QURAN…. Berapa ramai sini yang tahu mengenai peristiwa NUZUL QURAN???  Ramai yang silap mengatakan peristiwa nie berkaitan dengan peristiwa di GUA HIRA’… Perisitwa GUA HIRA’ berlaku dalam bulan RABIUL AWAL… sama juga dengan Rasulullah menerima wahyu di dalam bulan Rabiul Awal juga…

 

NUZUL QURAN nie sebenarnya berkaitan dengan peristiwa penurunan Al-QURAN iaitu pada 17 RAMADAN tahun ke-41 keputeraan Nabi Muhammad S.A.W.  Perlu diingat juga.. Supaya kita bersama-sama menghayati bulan yang berkat ini…

 

Tertarik juga penceritaan daripada penceramah mengenai manusia aka umat Nabi Muhammad…  Kita iaitu umat nabi Muhammad ini adalah berbeza dengan umat nabi Nuh yang boleh hidup beribu tahun…

 

Kita sebagai umat nabi Muhammad nie ada lingkungan umur antara 60-80 tahun sahaja hidup! Apa  yang kita cari didalam hidup kita? Penceritaan ini adalah mengenai malam LAILATUL QADAR… Allah S.W.T telah memberi nikmat malam lailatul qadar kepada sesiapa yang mencarinya… Malam itu lebih baik dari 1000 bulan (bersamaan 83 tahun)…

 

Perihal mengenai malam itu juga… Kita sendiri tidak mengatahui bila akan berlaku…. iaitu 10 malam terakhir…Sekiranya di dalam sunat terawih kita berzikir… dan diizinkan Allah S.W.T malam itu adalah malam yang ditunggu-tunggu… Semestinya besar amalan kita pada malam tersebut…

 

 

~Psst: Manusia zaman sekarang hebat ke? Rasanya tak… Pernah kaji kehebatan zaman Nabi Nuh… Tahu tak kemodenan zaman tersebut??? Umat zamat tersebut hidup beribu2 tahu… dan ingat juga peristiwa banjir besar… dan nabi ada bahtera untuk membawa semua binatang2, umat2 dsb… Besar ke tidak bahtera tu…. dan ingat juga…. mengenai 7 wonders in the world… iaitu PIRAMID…. PIRAMID tu bukan dibina dizaman FIRAUN… Itu yang pasti…!!!! Ok…

 

Mengapa??? Sila selidik sikit mengenai perisitwa banjir besar zaman nabi Nuh…. Mereka memiliki teknologi yang hebat masa tu…. SmilePerlu juga anda ketahui… Anda belajar sejarah… tak tahu la anda belajar untuk exam ke.. untuk tahu sejarah sebenarnya… Ok… Jika dilihat… banyak tamadun dahulu lenyap begitu sahaja… Peristiwa zaman nabi Nuh nie menrungkai segala2nya…. Teknologi ke…ape ke… semuanya boleh tenggelam begitu sahaja…. Sekejap je… Cuba pk2 balik peristiwa yang berlaku 10 tahun lepas… ingat tak lagi???

More on :

 

 

 

“Selamat menunai ibadah PUASA/RAMADAN”…..

“Kita mungkin tidak punya wang di dunia…tapi jangan sampai kita tidak punya iman diakhirat”
”Kita mungkin miskin harta di dunia, tapi jangan sampai kita miskin harta diakhirat”

Wednesday, 10 August 2011

Permulaan fasa ke-2 Ramadan….

 

Alhamdulillah… Telah masuk hari ke-10 berpuasa…. Dalam mengenal erti keberkatan dan menambah amalan-amalan di dalam bulan yang mulia ini…. Kini telah masuk fasa ke-2 dalam bulan Ramadan…..

 

rambu-ramadhan

 

 

Bulan ramadan nie ada 3 fasa:

 

Iaitu fasa (1) ialah fasa Rahmat, fasa 2 ialah fasa Keampunan dan fasa 3 ialah fasa ke kebebasan…

 

So, mengenai ketiga-tiga fasa dalam bulan nie… Mesti nak tahu ape isi dalam setiap fasa2 tu… (Sekiranya ada kurang, harap tambah yer..)

 

Fasa PERTAMA

- Fasa nie adalah permulaan rahmat (Rahmat)…. Bagaimana pengisian anda di dalam fasa ini??? Muhasabahlah diri anda sejauh mana anda telah mengisi dengan aktiviti2 ibadah…..  dan berapa ramai yang mengambil tahu atau mempraktikkan Sabda Rasulullah S.A.W seperti berikut:

 

:"Barangsiapa yang amalannya hari ini lebih baik dari semalam, dia adalah orang yang beruntung. Barangsiapa yang amalannya hari ini sama dengan semalam, dia adalah orang yang rugi. Dan barangsiapa yang amalannya hari ini lebih buruk dari hari semalam, dia tergolong orang yang dilaknat Allah SWT."

 

Fasa KEDUA

- Iaitu fasa keampunan Allah SWT. Untuk kita mencapai keampunan dari Allah SWT, perlulah kita mengamalkan sikap2 mahmudah dan sama sekali kita mengelak dari melakukan sikap2 mazmudah…… MAZMUDAH…..  Sebenarnya, untuk mendapat akhlak mahmudah bukan sesuatu perkara yang mudah dan disukai orang…. Tetapi yang sukar itu adalah membawa kebaikan kepada kita…. Tak gitu????

 

Kadang2 tu…. kita tak terlepas dari melakukan perkara2 yang tidak baik…. Itulah manusia… Fitrah manusia… Kita tidak pernah terlepas melakukan sebarang kesilapan… dan ini bukan menjadi alasan dalam hidup kita untuk terus melakukan kesilapan zaman berzaman tanpa sebarang IMPROVEMENT kearah kebaikan!

 

Menjadi persoalan juga…. dalam mencapai target dalam FASA KEDUA nie… Kita boleh berjam… tak pun setiap 30 minit MESTI check status FACEBOOK…. dan kita tak merasa pulak ruginya masa kita tu… jika kita buka kitab ke… dengan menghayati atau mendalami ayat2 Al-QURAN dalam masa 5 minit…xpun 1 minit pun…. besar amalannya kan???

 

Ada seperkara lagi… dahulu ketika kita kecil… kita diajar oleh ibubapa kita untuk PANDAI berjalan…. macam2 cara diajar oleh ibubapa kita untuk kita tahu berjalan…. TETAPI…mengapa sekarang kita tidak mengajar diri kita melangkah ke MASJID @ SURAU untuk BERJEMAAH???

 

Ada juga yang berpuasa…tetapi tidak mendirikan solat FARDHU 5 waktu…. walaupun mendirikan solat tidak termasuk di dalam sah PUASA… .bila diperhatikan salah satu dari syarat sah puasa iaitu ISLAM…

 

Allah Ta’ala berfirman:

فَإِنْ تَابُوا وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَآَتَوُا الزَّكَاةَ فَإِخْوَانُكُمْ فِي الدِّينِ

Jika mereka bertaubat, mendirikan solat dan menunaikan zakat, maka (mereka) adalah saudara-saudaramu seagama.” (At Taubah: 11). Di dalam ayat ini, Allah Ta’ala mengaitkan persaudaraan Islam dengan mengerjakan solat. Ini bermaksud jika solat tidak dikerjakan, bukanlah saudara seiman. Ia menunjukkan orang yang meninggalkan solat bukanlah mukmin kerana orang mukmin itu bersaudara sebagaimana Allah Ta’ala berfirman:

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ

Orang-orang beriman itu sesungguhnya bersaudara.” (Al Hujurat : 10)

Dalil Tentang Orang Yang Meninggalkan Solat Di Dalam Hadis Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wassalam

1) Daripada Jabir bin ‘Abdillah, Rasulullah sollallahu ‘alaihi wassalam bersabda:

بَيْنَ الرَّجُلِ وَبَيْنَ الشِّرْكِ وَالْكُفْرِ تَرْكُ الصَّلاَةِ

(Pembatas) di antara seorang muslim dan syirik dan kafir adalah meninggalkan solat.”[5]

 

(Sila rujuk pelbagai sumber lagi… Banyak juga sumber dari Ijma’)

 

 

 

Fasa KETIGA

- Merupakan fasa kebebasan… Kebebasan yang dimaksudkan disini adalah bebas dari api neraka…. Inilah hadiah bagi yang bersungguh-sungguh dengan penuh KEYAKINAN, KEPERCAYAAN, KETELUSAN dan KESABARAN dalam menjalani bulan mulia ini… dan tak lupa juga… hadiah bermakna… yang perlu dicari oleh setiap umatnya… iaitu malam LAILATUL QADAR….. malam yang lebih baik dari SERIBU bulan….

 

So, Selamat BERPUASA… dan mendapat ganjaran yang besar kelak!!! Amin…

 

(Sekiranya ada kesilapan, harap perbetulkan…. ok)

Friday, 5 August 2011

Berbuka Puasa….. Puasa hari ke-4

Alhamdulillah… Dapat juga berbuka puasa @ Kenny’s Rogers… Sebenarnya nak buka dari hari semalam lagi… (Hari ke-3)…. Memandangkan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan…. Selsema + Demam lak tu…. Terus cancel plan semalam…. Huhu…. Ape pun…. Makanan boleh kata OKEY je la kat situ! Hahah…. Sebelum nie pun…. Puasa tahun lepas pun ade gak buka puasa dekat situ…

 

IMAG0077

 

So, last but not least dah niat puasa untuk esok? Ape pun… Selamat berpuasa untuk semua muslimim dan muslimat…. Dan sama-sama mencari keberkatan di dalam bulan Ramadhan yang mulia nie….

Wednesday, 29 June 2011

Peristiwa Israk dan Mikraj

PERISTIWA ISRAK DAN MIKRAJ

Sempena bulan Rejab yang banyak keberkatannya ini, ruangan Sudut Agama menyorot peristiwa Israk dan Mikraj yang berlaku pada 27 Rejab, setahun sebelum Hijrah. Penerangan yang diberikan adalah bersifat sepintas lalu, dan dicadangkan agar anda merujuk kepada ahli agama yang benar dan bertauliah seperti ustaz atau guru yang berkenaan bagi mendapatkan fakta dan huraian selanjutnya.

Ringkasan Peristiwa Israk Dan Mikraj

Sebelum Israk dan Mikraj
Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S.A.W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman.ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

Semasa Israk ( Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa ):
Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

i.      Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
ii.     Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah;
iii.    Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan);
Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

§ Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.

§ Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).

§ Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).

§ Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.

§ Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.

§ Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.

§ Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.

§ Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.

§ Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.

§ Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.

§ Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.

§ Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.

§ Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.
Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

Semasa Mikraj ( Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah ):
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

i.    Langit Pertama: Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.

ii.    Langit Kedua: Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.

iii.   Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.
iv. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.
v. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.

vi.   Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.

vii.    Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHMengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).

viii.   Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.

ix.   Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.

x.     Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S.W.T : Ya Muhammad.
Rasulullah : Labbaika.

Allah S.W.T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.
Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Allah S.W.T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

Selepas Mikraj
Rasulullah S.A.W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.

(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id)

Kesimpulannya, Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.
Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.
Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.
Mafhum Firman Allah S.W.T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1).

 

Credit to : http://www.al-azim.com/~beringin/agama/israkdanmikraj.htm

Tuesday, 8 March 2011

Panduan Mencari Pasangan (Dara & Teruna)

Topik menarik untuk dikongsi….  <Dari pelbagai sumber>

 

Antara isi kandungan yang agak menarik ialah persiapan dalaman yang perlu ada untuk menuju ke alam pekahwinan. Antaranya persiapan dari segi mental dan emosi seperti keyakinan diri iaitu yakin dengan tujuan untuk mendirikan rumahtangga, apa yang kita ingin perolehi dan kesannya. selain itu, kita perlu berani menghadapi risiko dan juga berani membuat pilihan. setiap orang mempunyai ciri-ciri yang tersendiri dalam memilih pasangan. walaupun buruk di mata orang, namun ia tetap menjadi pilihan hati. oleh itu, kita perlu berani memilih dan mananggung apa jua risiko yang datang demi menjaga kehormatan masing-masing.

Diceritakan juga, Plato pernah bertanya kepada gurunya tentang apa maknanya CINTA?
maka gurunya menjawab, "masuklah ke dalam hutan, pilih dan ambillah sebatang ranting yang paling baik, tetapi engkau mesti berjalan ke hadapan tanpa berpatah balik ke belakang. ketika itulah engkau sudah menentukan pilihanmu dan keluarlah dari hutan dengan membawa ranting tersebut."

Maka, Plato pun masuklah ke dalam hutan tetapi beliau keluar tanpa membawa apa-apa. beliau menjelaskan, " sebenarnya saya sudah menemui ranting yang baik, tetapi saya berfikir mungkin di hadapan nanti, saya akan menemui ranting yang lebih baik. tetapi setelah saya berjalan ke hadapan, ternyata ranting yang sudah saya tinggalkan tadi adalah yang terbaik. maka sya keluar hutan tanpamembawa apa-apa."

gurunya itu pun berkata, " itulah cinta."

Plato bertanya pula apa makna PERKAHWINAN dan gurunya menjawab," sama seperti ranting tadi, tapi kali ini engkau mesti memilih sebatang pokok yang paling baik dan bawalah ia keluar dari hutan."

Maka Plato pun masuklah ke dalam hutan dan keluar dengan membawa pokok yang tidak terlalu tinggo dan tidak terlalu cantik. kemudian, beliau menjelaskan, " saya terjumpa sebatang pokok yang daunnya sgt cantik, tetapi batangnya sgt besar dan saya tidak dapat memotong dan membawanya keluar dari hutan. akhirnya saya tinggalkan . kemudian saya terjumpa pula poko yang tidak terlalu buruk, tidak terlalu tinggi dan saya fikir saya mampu membawanya. saya mengambilnya kerana mungkin saya tidak akan berjumpa lagi dengan pokok seperti ini di hadapan sana. akhirnya, saya mamilih pokok ini kerana saya yakin saya boleh menjaga dan menjadikannya indah."

gurunya pun berkata," itulah maknanya perkahwinan."

Dalam islam, kita dibenarkan memilih sendiri calon suami atau isteri. namun, wanita juga dibenarkan menunggu pinangan drp seorang lelaki. oleh itu, tidaklah menjadi kesalahan bagi perempuan yang bersikap pasif dalam mencari jodoh.

Rasulullah SAW memperkenalkan konsep 5K dalam mencari pasangan iaitu KENAL, KELAS, KUFU, KASIH, dan KAHWIN. kenal di sini bermaksud mengenal hati budi dan pegangan hidupnya melalui meyuruh seseorang yang boleh dipercayai khususnya dalam bidang agama untuk merisik corak kehidupan dan perangainya.

 


 

Mengenali pasangan bukanlah pada dasarnya keluar berjalan -jalan dating dan berborak tanpa batasan.

 

KENAL

Kita disuruh kenal/ta’ruf pasangan terlebih dahulu bukanlah dalam istilah luaran @ fizikal semata-mata. Erti kenal termasuk hati budi dan pegangan hidupnya. Untuk kenal orangnya, hati budinya, pergilah disuruh dan dicari orang yang boleh dipercayai agamanya merisik corak hidupnya dan perangainya.

Terdapat kisah seorang sahabat Nabi, Omar r.a. di mana beliau bertanya kepada seorang lelaki apabila melantik seorang saksi.

“Apakah kamu kenal lelaki ini?” tanya Omar
“Ya, saya kenal,” jawab lelaki tersebut. Omar bertanya lagi…
“Pernahkah kamu berjalan dengan saksi ini dalam musafir?”

Lelaki itu menjawab tidak pernah, Omar bertanya lagi

“Pernahkah kamu bermu’amalah supaya kamu tahu setakat mana waraknya dia? Pernahkah kamu menjadi jirannya supaya kamu tahu kemana perginya dan setakat mana pergaulan, siapa keluarga dan kawan-kawannya”

Itulah yang di namakan takruf sebenarnya dalam Islam supaya kita dapat tahu apakah pasangan itu sesuai dengan kita atau sebaliknya. Risik merisik latarbelakang pasangan perlu dibuat untuk mengetahui sejauh manakah pergaulan dan kewarakannya..

Pada dasarnya, kita boleh kenal melalui dari corak kelakuan sahabat-sahabat yang akrab dengannya….

Adalah berdosa besar jika antara kedua-dua belah pihak BERBOHONG. Apabila sudah saling mengenali, TOLAK-ANSUR dapat dibuat dalam apa juga perkara.

 

KELAS

Kita kenal tetapi kita kena bersifat pemilih supaya terjamin akhlak dan agamanya. Kelas yang dimaksudkan bukan hanya merujuk kepada golongan yang berkelulusan agama, berjanggut dan berserban sahaja. Kelas yang baik adalah golongan yang mengamalkan ajaran agama kerana golongan ini akan menghormati pertalian perkahwinan.

Mereka yang ada kefahaman dan penghayatan Islam akan memegang perkara asas dalam Islam, sentiasa ‘alert’, sanggup MENERIMA TEGURAN dan MEMBERI TEGURAN dan saling bersifat ‘MEMBINA’ untuk menjaga akhlak dalam Islam.


KUFU
Kufu amat diberatkan, dari segi pendirian, pemahaman agama dan keturunan juga perlu diseimbang. Jika terdapat keturunan golongan atasan, wajar dia mencari keturunan yang sama supaya tidak wujud jurang yang dalam. Begitu juga daripada segi harta , ulama yang bernama Mawardi menjelaskan ia perlu di titikberatkan kerana seseorang yang datang dari keluarga miskin, susah untuk seiring dengan keturunan kaya. Bahkan ulama yang ke belakang ini juga mementingkan tahap umur.

Memang betul, soal jarak umur diantara Rasulullah 25 dan Siti Khadijah 40 tidak wujud kerana Rasulullah , Siti Khadijah dan Aisyah mempunyai akhlak yang sempurna. Dan tidak seperti kita yang serba cetek. Malah rupa dan fizikal wanita yang cepat rosak boleh diselaraskan kesesuaian dengan suaminya bila sudah lama berumahtangga.


KASIH
Kasih bukan bermakna berkasih atau bercinta tetapi yang sebenarnya yang ditekankan ialah di antara kedua-dua belah pihak lelaki dan wanita itu perlu wujud unsur-unsur kasih sebelum berkahwin.

Merujuk kepada sebuah hadis:-

“Tidak ada yang lebih baik bagi kedua pasangan yang berkasih ini melainkan mengakhirinya dengan perkahwinan”

Andaikata lelaki itu berkenan kepada seorang wanita, perlulah lihat wanita itu tersebut tetapi mengikut syariat Islam.

Rasulullah memberitahu:-

“Pergi lihat dahulu wanita itu, kalau kalau dengan melihat itu boleh menjamin kasih sayang di antara kamu”

Kalau kawan tolong canang kata begitu dan begini amat susah juga.. Sememangnya terdapat 

” Orang orang yang benar-benar redha dengan pasangan yang di tentukan oleh Allah tetapi pokok pangkal banyak terletak pada HATI kaum lelaki”

Kalau tak berkenan, jangan di paksa paksa hati sebab ia bukan satu permainan pondok pondok. Kasih yang dipupuk biarlah kerana Allah kerana ia menjamin kebahagian rumahtangga.

Hadis Nabi ada menyatakan:-

“Barangsiapa yang berkawin dengan wanita kerana KEDUDUKAN ia hanya mendapat kehancuran sebagai balasan, Barangsiapa yang berkawin dengan wanita kerana KEKAYAAN, Allah menjanjikan kemiskinan. Barangsiapa yang menikahi kerana KETURUNAN, Allah akan menghina keturunannya dan Barang siapa yang berkawin dengan NIAT BAIK dan kerana ALLAH demi menutup pandangan dan kemaluannya atau menyambung silahturrahim, Allah akan memberkati kedua duanya.”

Keberkatan memang dititik beratkan. Apabila nawaitu/niat kita dipasakkan dengan betul. InsyaAllah perkahwinan akan diberkati dan dilindungi. Setiap gerak geri dan tindak tanduk mendapat pengawasan dan hidayah daripada Allah dan tidak timbul perselisihan faham.


REDHA
Redha terhadap pasangan masing masing adalah penting. Rasulullah sering bertanya,
Apakah kamu redha dengan pasangan ini? Kita berkahwin dengan manusia yang mempunyai unsur unsur kebaikan dan keburukan. Tidak ada manusia yang sempurna dan apabila kita REDHA dengan pasangan bermakna kita redha dengan KEKURANGAN mereka.

“Apa yang dikatakan baik bukan sekadar mengikut telunjuk isteri @ suami. Baik yang di maksudkan sanggup mengaku kekurangan diri dan mencari jalan mengatasinya”

Istilah kufu banyak di tekankan dalam Surah AnNur :ayat 26:-

“Seorang lelaki yang tidak baik itu sesuai dengan wanita yang tidak baik dan seorang lelaki yang baik itu adalah untuk wanita yang baik”

Istilah kufu sangat di tekankan kerana jika isteri dianggap kelas kedua, segala teguran daripada pasangan tidak boleh diterima. Jika isteri mempunyai jawatan dan pangkat besar serta tidak ada kufu, dia tidak dapat menerima kepimpinan daripada suami. Tetapi kalau ada persamaan pendirian, sikap tolak ansur dapat diwujudkan. Sebaliknya perbezaan pendapat boleh menyebabkan hubungan semakin renggang.

Misalnya seorang suami yang rapuh pegangan agama tidak mahu memantapkannya selepas berkahwin, Sikap kurang mahu ini akan menjadi tolak bengit sekiranya pula si isteri sememangnya seorang yang suka menghayati Islam dan cuba memantapkannya dari masa ke semasa ….

Begitu juga sebaliknya masalah berlaku. Kata sebahagian lelaki, dah dapat perempuan yang berkenan di hati nanti “AKU UBAHLAH PERANGAINYA”.

Sunday, 6 March 2011

Peristiwa ketika segala amalan dihisab….

"Ada dari sebahagian manusia, yang bicaranya amat menakjubkanmu dalam kehidupan duniawi. Tapi Allah membuktikan atas apa isi hatinya, ternyata ia sebenarnya adalah seorang musuh yang amat jahat. (QS. Al-Baqarah 204).

 

Alhamdulillah…Dapat juga aku bernafas dimuka bumi ini… Dalam awal bulan Rabiul Akhir 1432…Hanya untuk perkongsian sahaja…Aku tak pernah mengharapkan apa2 dari apa yang aku tulis nie… Malahan di web nie pun… Aku xpernah nak install apa2 ads (paid advertisement pun)…Sekadar untuk diri sendiri….Jika dapat dimanfaat oleh orang lain pun…Bagus juga….I’m not perfect….

 

Macam biasa aku terjumpa topik nie.. Menarik bagi aku untuk dikongsi… Tentang Keihklasan… Ikhlas ke segala apa yang aku lakukan selama nie? Tertanya-tanya juga… Adakah aku mengharapkan sesuatu? Terpikir sejenak… Tiada jawapan…Aku pun tak tahu….Soal keihklasan nie memang sesuatu yang sukar disukat… Bagaimana nak sukat? Pakai apa? Adakah dengan hasil yang ditunjukkan dengan FIZIKAL melambangkan nilai keikhlasan tue? Hanya Tuhan yang tahu…

 

Semua nie bermula apa bila aku terbaca (ayat TER…. aku x pernah cari pun… tapi TER jumpa pulak artikel nie… Hidup nie penuh dengan TER…TER…TER….) … Sorry for that… Kisahnya ada golongan ini.. yang yakin akan masuk SYURGA kerana merasa segala jasanya kepada manusia/umat di dunia nie…Aku pun terpikir… Adakah aku termasuk dalam golongan tersebut? Aku pun x pernah berjasa pada orang…dan no comment at all….

 

Jom kita tengok siapakah golongan-golongan tersebut…

 

1) Qari

2) Mati Syahid

3) Orang yang Dermawan

 

Ce citer ape halnya dengan golongan diatas tu? Macam xde kaitan je…

 

So, nie hasilnya

 

1) Qari

Ditanya : Apakah amalan kebaikan yang telah diamalkan ketika hidup?

Jawabnya : Aku tekun membaca Al-Quran, dibaca pada tengah malam ketika orang tidur nyenyak…

Allah menjawab : Engkau belum berhak lagi akan syurgaKu, sebab amalmu itu bukan kerana Aku, tapi supaya orang mengatakan engkau sesorang yang teramat Qari.

2) Mati Syahid

Ditanya juga amalan kebaikan…

Jawabnya : Aku telah berjihad perang di jalan Allah, maka terbunuhlah aku.

Allah menjawab : Sebab engkau perang supaya orang mengatakan dan memujamu sebagai pahlawan yang berani mati, bukan kerana Aku semata-mata.

3) Orang yang Dermawan

Ditanya juga amalan kebaikan.

Jawabnya : Hartaku telah banyak habis, demi menegakkan agama.Allah menjawab : Sebab engkau berbuat demikian, bukan kerana mengharap redhaKu, tapi agar orang memuji engkau sebaga seorang yang amat dermawan dan pemurah…

 

Tertanya-tanya juga… Dimanakah aku? Entah bagaimana….

 

Untitled picture

 

<Sekiranya ada kesilapan… harap tegur…Jangan diamkan… Kerana aku tidak mengerti…!>

Saturday, 13 November 2010

pesanan terakhir…

Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan
Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan
Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan

 

Tutuplah 'auratmu sebelum 'auratmu ditutupkan
Dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih

 

Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah
Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?

 

Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian
Justeru kumenyeru sekelian Muslimin dan Muslimat
Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan makanan ulat

 

Iringilah dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke Pusara

 

Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa'

 

Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan

 

Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
Bukan yang pergi

 

Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan
Ingatlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi Tuhan
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan

 

Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya
Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang
tidak bererti
Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging


Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu
Yang kalau jatuh ke tanah
Ayam tak patok itik tak sudu
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung dari malaikat

 

Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat

Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'
Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'
Jalan kemenangan akhirat dan dunia

 

Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan
Pada hari itu tiada berguna Harta, tahta dan
putera
Isteri, kad kredit dan kereta
Kondominium, saham dan niaga
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia.

Wallahua'lam.

Thursday, 20 August 2009

Al-Kahf:58

Dan tidaklah ada yang lebih zalim daripada orang yang diberi ingat dengan ayat-ayat Tuhannya, lalu dia berpaling daripadanya dan lupa akan apa yang telah dilakukan oleh kedua tangannya; sesungguhnya (disebabkan bawaan mereka yang buruk itu) Kami jadikan tutupan berlapis-lapis atas hati mereka, menghalang mereka daripada memahaminya dan (Kami jadikan) pada telinga mereka penyumbat (yang menyebabkan mereka pekak) dan jika engkau menyeru mereka kepada petunjuk, maka dengan keadaan yang demikian, mereka tidak sekali-kali akan beroleh hidayat petunjuk selama-lamanya.

(Al-Kahf: 58)

Saturday, 15 August 2009

GOLONGAN RUWAIBIDHAH

Ertinya:
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah saw. bersabda. "Lagi akan datang kepada manusia tahun-tahun yang tandus (kemarau panjang). Dan pada waktu itu orang yang berdusta dikatakan benar dan orang yang benar dikatakan berdusta. Orang khianat akan disuruh memegang amanah dan orang yang amanah dikatakan pengkhianat. Dan yang berpeluang bercakap hanyalah golongan "Ruwaibidhah"". Sahabat bertanya, "Apakah Ruwaibidhah itu hai Rasulullah?". Nabi saw. menjawab, "Orang yang kerdil dan sebenarnya hina dan tidak mengerti urusan orang ramai".

H.R. Ibnu Majah

Keterangan
Zaman yang disebutkan tadi adalah zaman ketandusan. Tandus di segi material dan juga tandus di segi pemikiran. Orang yang benar akan diketepikan dan orang yang khianat serta fasiq akan disanjung dan dibesar-besarkan.

Orang yang benar tidak diberikan peluang untuk bercakap. Yang berpeluang bercakap hanyalah peribadi-peribadi yang hina dan sebenarnya tidak tahu bagaimana untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh masyarakat.

AHLI IBADAT YANG JAHIL DAN ULAMA YANG FASIQ

Ertinya:
Daripada Anas r.a. berkata, bersabda Rasulullah saw., "Selagi akan ada di akhir zaman ahli ibadat yang jahil dan ulama yang fasiq".

H.R. Ibnu Ady

Keterangan
Nabi saw. menerangkan di akhir zaman nanti akan ada dua golongan ini. Ada orang jahil yang rajin beribadat dan ada pula orang aIim yang fasiq. Sebenarya syaitan telah berusaha sedapat mungkin untuk menyesatkan manusia. OIeh kerana itu ia menggunakan beberapa cara yang berlainan kepada orangorang yang berlainan pula. Bagi sijahil, syaitan selalu menyuruhnya supaya rajin berbuat ibadat, kerana ibadat orang yang jahil itu tidak sah dan tidak diterima di sisi Allah swt. Syaitan tidak mahu orang jahil itu rajin mengaji kerana bila ia mengaji ia akan memperbaiki ibadatnya, maka ibadat tersebut akan diterima oleh Allah swt yang bererti kekalahan di pihak syaitan.

Begitu pula halnya dengan si Alim yang sudah banyak ilmunya. Syaitan akan menyuruhnya malas beribadat dengan mengemukakan bermacam-macam alasan, sehingga Si Alim ini meninggalkan kefardhuannya. Maka dengan itu ilmu yang ada di dalam dadanya tidak berfaedah, bahkan akan menjadi musuh kepadanya pada hari qiamat nanti. Maka itu lah kejayaan syaitan dalam usahanya.

Gejala yang sebegini rupa dapat dilihat di dalam masyarakat kita, di mana yang rajin beribadat ini adalah orang yang jahil dan yang mengabaikan hal-hal ibadat ini pula adalah terdiri daripada orang yang mempunyai ilmu pengetahuan.

DUA GOLONGAN YANG AKAN MENJADI PENGHUNI NERAKA

Ertinya:
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda, "Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni Neraka yang belum lagi aku melihat mereka. Pertama, golongan (penguasa) yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor Iembu yang digunakan untuk memukul orang. Kedua, perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang, berlenggang lenggok waktu berjalan, menghayun-hayunkan bahu. Kepala mereka (sanggul di atas kepala mereka) bagaikan bonggol (goh) unta yang senget. Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga itu sudah tercium dari perjalanan yang sangat jauh daripadanya".

H.R. Muslim

Keterangan
Kebenaran sabdaan Rasulullah saw. ini dapat kita lihat dari realiti masyarakat yang ada pada hari ini. Ada golongan yang suka memukul orang dengan cemeti tanpa soal-siasat, bertindak kepada manusia dengan hukum rimba. Dan ramai perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi bertelanjang. Maksudnya, kalau kita hendak katakan berpakaian pun boleh, kerana masih ada secarik kain di atas badan, dan kalau kita hendak katakan bertelanjang pun boleh, kerana walau pun berpakaian tetapi hanya dengan secarik kain sahaja, maka samalah dengan bertelanjang. Atau pun ia berpakaian dengan pakaian yang sangat tipis sehingga menampakkan warna kulit dan mencorakkan bentuk aurat. Kemudian berjalan sambil menghayun-hayunkan badan dengan sanggul yang besar, seperti gob unta.

Kedua-dua golongan ini tidak akan masuk ke dalam syurga dan tidak akan dapat mencium bau wanginya, walaupun semerbak wanginya telah tercium dari jarak perjalanan selama 500 tahun sebelum sampai kepadanya

Friday, 24 July 2009

Hadith

Pelbagai lagi hadith-hadith akan dipaparkan di kemudian hari.

 

Sekian.

 

MHAT-09

Masa Akan Menjadi Singkat

Ertinya:
Daripada Anas bin Malik r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; "Tidak akan terjadi qiamat sehingga masa menjadi singkat maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api".

H.R.Termizi

 

Keterangan

Masa akan berlalu begitu cepat. Belum sempat berbuat sesuatu, tiba-tiba masa sudah terlalu larut, sehingga banyak perkara yang belum dapat diselesaikan. Kita seakan-akan sibuk, tetapi kita tidak faham apa yang disibukkan. Kita diburu masa dan ia berlalu dengan tiada ada perkara yang dapat kita selesaikan. Inilah yang dimaksudkan dengan singkatnya masa.

Menurut Irnam al-Karmani, yang dimaksudkan dengan singkatnya masa ini ialah dicabut keberkatan daripadanya. Mcmang benar apa yang dikatakan oleh Imam al-Karmani itu, dahulunya kita merasakan dalam sehari banyak perkara yang dapat kita laksanakan, tetapi sekarang dalam sehari yang sama hanya sedikit perkara-perkara yang dapat kita laksanakan. Ini adalah satu petanda hampirnya qiamat.

 

 

>>>Fikir-fikirkan…

 

MHAT-09

Zaman Dimana Orang Tak Pedulikan Dari Mana Mendapatkan Harta

Ertinya:
Daripada Abu Hurairah r.a. berkata, bersabda Rasulullah saw, "Akan datang suatu zaman seseorang tidak memperdulikan dari mana ia mendapatkan harta, apakah dari sumber yang halal atau pun haram".

H.R. Muslim

 

Keterangan
Di zaman sekarang ini merupakan zaman ketandusan rohani dan zaman materialisme, segala sesuatu adalah bernilai dengan nilai harta. Manusia cakar mencakar untuk memperolehi sebanyak mungkin harta kekayaan. Mereka tidak memperdulikan dari mana datangnya harta yang diperolehi, apakah dari sumber yang halal atau dari sumber yang haram. Yang penting, harta dapat dikumpulkan sebanyak-banyaknya untuk memenuhi kehendak nafsu atau pun untuk melayan kehendak isteri atau anak-anak mereka.

Wednesday, 24 June 2009

TANDA-TANDA KIAMAT #2 Bah. 1

Terbelahnya Bulan

 

Surat 54 dari al-Qur’an disebut “Surat al-Qamar”. Qamar berarti bulan. Dalam beberapa ayatnya, surat ini menceritakan tentang kehancuran yang menimpa kaum Nuh, ‘Ad, Tsamud, Luth, dan Fir’aun, karena mereka menolak peringatan dari para nabi. Pada saat yang sama, ada sebuah pesan yang sangat penting yang dinyatakan di dalam ayat pertama, yang berkenaan dengan Hari Akhir.

 

image 

 

Telah dekat (datangnya) as-Sa'ah (Hari Kiamat) dan telah terbelah bulan. (Q.s. al-Qamar: 1).

 

Kata “belah” yang dipakai dalam ayat ini dalam bahasa Arabnya adalah syaqqa, yang dalam bahasa Arab memiliki beragam arti. Dalam beberapa tafsir al-Qur’an, makna “belah” lebih dipilih. Namun syaqqa dalam bahasa Arab juga dapat berarti “mencangkul” atau “menggali” bumi. Sebagai contoh dari penggunaan yang pertama, kita dapat merujuk pada ayat 26 Surat al-Abasa:

 

Sesungguhnya Kami benar-benar telah mencurahkan air (dari langit), kemudian Kami belah bumi dengan sebaik-baiknya, lalu Kami tumbuhkan biji-bijian di bumi itu, anggur dan sayursayuran, zaitun dan pohon kurma. (Q.s. ‘Abasa: 25-29).

 

Dapat terlihat dengan jelas bahwa makna syaqqa di sini bukanlah “belah”. Arti yang dipakai adalah mencangkul tanah agar dapat ditumbuhi beragam tanaman.

 

Bila kita kembali menengok ke tahun 1969, kita akan melihat salah satu keajaiban al-Qur’an. Eksperimen yang dijalankan di permukaan bulan pada tanggal 20 Juli 1969, dapat mengisyaratkan terpenuhinya berita yang telah disampaikan 1.400 tahun yang lampau di dalam Surat al-Qamar. Pada tanggal itu, para astronot Amerika menjejakkan kaki mereka di bulan. Dengan menggali tanah bulan, mereka pun melakukan ekspe-rimen-eksperimen ilmiah dan mengumpulkan contoh-contoh bebatuan dan tanah. Sungguh sangat menarik bahwa kemajuan-kemajuan ini sepenuhnya persis dengan pernyataanpernyataan di dalam ayat tadi.

 

Bersambung dibahagian kedua… Sekian

Saturday, 17 January 2009


Akhil Hayy : Berita Pada Kawan

Perjalanan ini terasa sangat menyedihkan

Sayang, engkau tak duduk di sampingku kawan

Banyak cerita yang mestinya kau saksikan

Di tanah kering berbatuan

O ho~ oho oho~ o ho.. ho o~

Tubuh ku terguncang dihempas batu jalanan

Hati terketar menambah kering rerumputan

Perjalanan ini seperti jadi saksi

Gembala kecil menangis sedih

Ho~ ooo

Kawan, coba dengar apa jawabnya

Ketika ia ku tanya "Mengapa?"

Ayah ibunya telah lama mati

Ditelan bencana tanah ini



Sesampainya di laut, ku khabarkan semuanya

Kepada karang, kepada ombak, kepada matahari

Tetapi semua diam, tetapi semua bisu

Tinggal aku sendiri terpaku menatap langit



Barangkali di sana ada jawabnya

Mengapa di tanahku terjadi bencana



Itu tanda Tuhan murka, melihat tingkah kita

Yang selalu salah dan bangga dengan dosa-dosa

Atau alam mulai enggan bersahabat dengan kita

Coba kita bertanya pada rumput yang bergoyang

Kawan, coba dengar apa jawabnya

Ketika ia ku tanya "Mengapa?"

Ayah ibunya telah lama mati

Ditelan bencana tanah ini



Sesampainya di laut, ku khabarkan semuanya

Kepada karang, kepada ombak, kepada matahari

Tetapi semua diam, tetapi semua bisu

Tinggal aku sendiri terpaku menatap langit



Barangkali di sana ada jawabnya

Mengapa di tanahku terjadi bencana



Itu tanda Tuhan murka, melihat tingkah kita

Yang selalu salah dan bangga dengan dosa-dosa

Atau alam mulai enggan bersahabat dengan kita

Coba kita bertanya pada rumput yang bergoyang


Monday, 29 December 2008

GAGAK, BAPA DAN ANAK

File>23010

Pada suatu petang seorang tua bersama anak mudanya yang baru menamatkan pendidikan tinggi duduk berbual-bual di halaman sambil memerhatikan suasana di sekitar mereka.



Tiba-tiba seekor burung gagak hinggap di ranting pokok berhampiran. Si ayah lalu menuding jaring ke arah gagak sambil bertanya, "Nak, apakah bendanya itu?" "Burung gagak", jawab si anak.



Si ayah mengangguk-angguk, namun sejurus kemudian sekali lagi mengulangi soalan yang sama.



Si anak menyangkakan ayahnya kurang mendengar jawapannya tadi lalu menjawab dengan sedikit kuat, "Itu burung gagak ayah!"



Tetapi sejurus kemudian si ayah bertanya lagi soalan yang sama. Si anak merasa agak keliru dan sedikit runsing dengan soalan yang sama diulang-ulang, lalu menjawab dengan lebih kuat, "BURUNG GAGAK!!"



Si ayah terdiam seketika. Namun tidak lama kemudian sekali lagi mengajukan soalan yang serupa hingga membuatkan si anak hilang sabar dan menjawab dengan nada yang hendak tak hendak melayan si ayah, "Gagak la ayah.......".



Tetapi agak mengejutkan si anak, apabila si ayah sekali lagi membuka mulut hanya untuk bertanyakan soalan yang sama. Dan kali ini si anak benar-benar hilang sabar dan menjadi marah.



"Ayah!!! saya tak tahu samada ayah faham atau tidak. Tapi sudah lima kali ayah bertanya soalan tersebut dan saya sudah pun memberikan jawapannya. Apalagi yang ayah mahu saya katakan???? Itu burung gagak, burung gagak la.....", kata si anak dengan nada yang begitu marah.



Si ayah terus bangun menuju ke dalam rumah meninggalkan si anak yang terpinga-pinga. Sebentar kemudian si ayah keluar semula dengan sesuatu di tangannya. Dia menghulurkan benda itu kepada anaknya yang masih geram dan tertanya-tanya. Ianya sebuah diari lama.



"Cuba kau baca apa yang pernah ayah tulis di dalam diari itu", pinta si ayah. Si anak akur dan membaca perenggan yang berikut.......... "Hari ini aku di halaman melayan karenah anakku yang genap berumur lima tahun. Tiba-tiba seekor gagak hinggap di pohon berhampiran. Anakku terus menunjuk ke arah gagak dan bertanya, "Ayah, apa tu?". Dan aku menjawab, "Burung gagak".



Walau bagaimana pun, anak ku terus bertanya soalan yang serupa dan setiap kali aku menjawab dengan jawaban yang sama. Sehingga 25 kali anakku bertanya demikian, dan demi cinta dan sayangkannya aku terus menjawab untuk memenuhi perasaan ingin tahunya.



Aku berharap ianya menjadi suatu pendidikan yang berharga."



Setelah selesai membaca perenggan tersebut si anak mengangkat muka memandang wajah si ayah yang kelihatan sayu. Si ayah dengan perlahan bersuara, " Hari ini ayah baru bertanya kau soalan yang sama sebanyak lima kali, dan kau telah hilang sabar serta marah."



MORAL OF THE STORY:



"JAGALAH HATI KEDUA IBUBAPA. JANGAN SESEKALI MENGHAMPAKAN HARAPAN MEREKA"


DOSA YANG LEBIH BESAR DARI BERZINA

Pada suatu senja yang lengang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-hayang. Pakaiannya yang serba hitam menandakan bahawa ia berada dalam dukacita yang mencekam.

Tudung kepalanya menangkup rapat hampir seluruh wajahnya tanpa hias muka atau perhiasan menempel di tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping dan roman mukanya yang ayu, tidak dapat menghapus kesan kepedihan yang telah meroyak hidupnya.

Ia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil mengucapkan salam. Maka terdengarlah ucapan dari dalam "Silakan masuk". Perempuan cantik itu lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus menunduk. Air matanya berderai tatkala ia berkata, "Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya." "Apakah dosamu wahai wanita ayu?" Tanya Nabi Musa a.s. terkejut. "Saya takut mengatakannya." Jawab wanita cantik. "Katakanlah jangan ragu-ragu!" Desak Nabi Musa.

Maka perempuan itupun secara ketakutan bercerita, "Saya... telah berzina". Kepala Nabi Musa terangkat, hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan, "Dari perzinaan itu saya pun...lantas hamil. Setelah anak itu lahir, langsung saya... cekik lehernya sampai... mati," ucap wanita itu seraya menangis sejadi-jadinya. Mata Nabi Musa pun berapi-api. Dengan muka berang ia mengherdik, "Perempuan celaka, pergi kamu dari sini! Agar siksa Allah tidak jatuh ke dalam rumahku kerana perbuatanmu. Pergi!"... teriak Nabi Musa sambil memalingkan muka kerana jijik.

Perempuan berwajah ayu dengan hati bagaikan kaca membentur batu hancur luluh segera bangkit dan melangkah surut. Dia menangis terangguk-angguk dan keluar dari dalam rumah Nabi Musa. Ratap tangisnya amat memilukan. Ia tak tahu harus ke mana lagi hendak mengadu. Bahkan dia tak tahu ke manakah kakinya untuk melangkah. Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana pula manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya, betapa jahat perbuatannya.

Sepeninggalannya, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa. Sang Ruhul Amin Jibril lalu bertanya, "Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?" Nabi Musa terperanjat. "Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita penzina dan pembunuh itu?" Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu bertanya kepada Jibril. "Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang hina itu?" "Ada!" jawab Jibril dengan tegas. "Dosa apakah itu?" tanya Musa yang kian keliru. "Orang yang meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar daripada seribu kali berzina".

Mendengar penjelasan ini Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk menghadap kembali kepadanya. Ia mengangkat tangan dengan khusyuk untuk memohonkan keampunan kepada Allah untuk perempuan tersebut. Nabi Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan tanpa penyesalan adalah sama saja seperti berpendapat bahawa sembahyang itu tidak wajib dan tidak perlu atas dirinya. Bererti ia seakan-akan menganggap remeh perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak punya hak untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya. Sedangkan orang yang bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh bererti masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahawa Allah itu ada, di jalan ketaatan kepada-Nya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima kedatangannya.

Dalam hadis Nabi SAW disebutkan : Orang yang meninggalkan solat lebih besar dosanya dibandingkan dengan orang yang membakar 70 buah Al-Quran, membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan ibunya di dalam Kaabah. Dalam hadis yang lain disebutkan bahawa orang yang meninggalkan solat sehingga terlewat waktu, kemudian ia mengqadanya, maka ia akan disiksa dalam neraka selama satu huqub. Satu huqub adalah lapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 360 hari, sedangkan satu hari di akhirat perbandingannya adalah seribu tahun di dunia.

Demikianlah kisah Nabi Musa dan wanita penzina dan dua hadis Nabi, mudah-mudahan menjadi pengajaran bagi kita dan timbul niat untuk melaksanakan kewajiban solat dengan istiqomah (berterusan).

TM Unifi 800Mbps

  Unifi 800Mbps download and 200Mbps. Speed test from FAST and SpeedTest shown the both download and upload speed as per subscribed.