So, semalam layan le cite nie…Itu pun lepas aku balik makan nasi arab dekat kulim tu… dekat public bank…berlaukkan daging sebab sebelum nie aku dah rasa ayam dia… Oh… Daging dia masak tu sedikit masin… Telan saja la… + dengan minuman air oren lassi…. Memang best juga… heheh
Memandangkan aku dah download cite nie seminggu lepas… uhuhu.. cuma cari waktu je nak tengok…. Bila tengok siaran movie lain dekat Astro xde pun cite yang menarik… Aku terus klik dekat komputer aku dan layan cite nie…
Cite nie memang dimulakan dengan babak gembira – sedih – gembira… Kira happy ending juga la… Permulaan kisah nie bermula dengan kisah gembira mereka berdua, yang mana akhirnya menjadi suami isteri… Kesnya bermula apabila suami dia hilang ingatan…Kejadian tu berlaku bila suami dia menjadi mangsa kemalangan jalanraya… Sampai la dia hilang ingatan… So, doktor cakap dia hilang ingatan jenis “selective amnesia”…. mcm2 nama… dengan kata lain, dia hilang sebahagian ingatan dia… Maybe dah tertinggal dekat jalanraya kot… Huahuaha….
Dia ada ingatan yang terakhir sebelum perkenalan dia dengan isteri dia.. Nie bermakna dia tak kenal langsung siapa isteri dia… So, kiranya dia layan isteri dia macam orang yang dia x kenal langsung… Memang dia x kenal langsung sebab tiada dalam ingatan dia… Huhuhu…
Si isteri nie pula berusaha habis-habisan untuk bagi si suami nie ingat balik… Siap bawa ke semua tempat2 yang diorang jumpa dulu… Last2 dia pun tak larat dah dengan usaha dia selama nie tak mendatangkan hasil…Ada je yang tak kene dengan apa yang dia lakukan sampai si suami dia tak puas hati…. Huhuh….
So, diorang akhirnya dok berasingan…. Sampai waktu tu…. baru la si suami ingat balik semua perkara yang berlaku…. Huhuh… Last part akhirnya happy ending… Diorang bersama semula…. Hahah
Kisah cite nie sebenarnya ada persamaan dengan cite “The Vow”… Cite “The Vow” nie si isteri yang hilang ingatan…. So, stay tuned… Sapa2 yang tak tengok lagi silakan… Hehehe…
Kadangkala orang yang menyintaimu adalah orang yang tak pernah menyatakan cintanya padamu…
Kerana orang itu takut kau berpaling dan menjauhinya…
Dan bila di suatu masa dia hilang dari pandanganmu…
Kau akan menyedari dia adalah cinta yang tidak pernah kau sedari…
<Ending dari cite tu….>
Selamat menonton kepada yang belum…..
No comments:
Post a Comment