Semua tempat yang ditulis adalah di Seoul, Korea… Sebenarnya banyak juga tempat yang tak sempat pergi lagi… Antaranya macam Jeju Island… Kepada yang nak ke Jeju Island turun di Lapangan terbang Busan.
Bagi pelancong Muslim
- Surau : Terdapat kemudah solat iaitu surau di Incheon Airport, Nami Island dan juga Everland Theme Park.
- Makanan halal : Boleh didapati kawasan Itaewon. Sini banyak tempat makanan halal. Juga terdapat masjid disini.
Pengangkutan
- Sepanjang berada di Korea, kami menggunakan pengangkutan awam iaitu Subway, bas dan teksi. Pastikan anda membeli T-Money ketika tiba di Incheon Airport.
- Kad T-Money macam kad Touch N Go. Jika guna kad nie boleh jimat KRW100 untuk setiap perjalanan.
- Amaran : Jika nak guna Subway di Korea, pastikan anda mempunyai stamina kaki yang kuat. Subway di Korea perlu jalan lebih jauh berbanding train di Jepun.
DAY 1 - Tiba di Seoul, Korea
20 Oktober 2013, South Korea
Kali pertama menjejak kaki di bumi Korea Selatan... Penerbangan dari Kuala Lumpur ke Seoul pada jam 1 pagi 20 Oktober 2013 dan selamat tiba di Incheon International Airport pada jam 8.00 pagi... Setelah tiba, kami berehat dulu di airport memandangkan masa untuk daftar masuk di tempat penginapan pada pukul 3.00 petang. Incheon International Airport menyediakan pelbagai kemudahan. Perkara yang paling penting buat masa sekarang adalah tempat untuk cas telefon. Heheh.... berbanding makanan. Terdapat kawasan tempat mencas telefon dan terdapat pelbagai bentuk soket sama ada untuk Europe dan US. Korea menggunakan standard europe jenis C iaitu 2 pin berbanding Malaysia jenis G standard british. Kami bertolak dari Incheon airport ke Sangwangsimni melalui penukaran train di Hongik University. Perjalanan mengambil masa kira kira 1 jam 30 minit. Pada sebelah malam sempat ke Itaewon untuk pergi tengok kawasan sekitar tersebut. Memandangkan disitu terdapat masjid dan makanan halal. Terdapat juga gerai di tepi jalan yang menjual cenderahati untuk dibawa pulang.
Highlights
Masjid di Itaewon
Itaewon
DAY 2 - Nandaemun market dan Myeong-dong
21 Oktober 2013, South Korea
Hari nie memang keluar agak lewat. Mengikut perancangan nak ke Nami Island. Memandangkan terlalu letih sebab berjalan agak jauh dari bila penukaran stesen subway. Ada kot 500 meter untuk penukaran dari line train yang lain. Berbanding di Jepun, penukaran line train adalah sedikit berbanding Korea. So, kami keluar pada jam 1.30 tengah hari ke Nandaemun market. Nandaemun market nie banyak pilihan cenderahari dan pakaian. So, dekat sini dapat la beli sedikit barang untuk menyambut orang baru dalam keluarga dalam beberapa bulan lagi. Antaranya aku beli pakaian. Harga pun murah juga walaupun dari kain kapas. Pakaian disini boleh dikatakan murah juga dan kualiti setanding barangan mahal di Malaysia. Jam 6.00 petang terus ke Myeong-dong. Tempat nie memang besar dan memerlukan stamina kaki yang kuat untuk berjalan.... Memandangkan kami naik subway, untuk tukar dari line train yang lain perlu jalan jauh la juga... Huhu.... Memang agak letih juga berjalan disini...
Highlights
Nandaemun market
Myeong-dong
DAY 3 - Nami Island
22 Oktober 2013, South Korea
Nami Island terkenal sebab drama Winter Sonata. Perjalanan dari tempat penginapan ke Nami Island mengambil masa kirakira 1 jam 30 minit. Perjalanan bermula dengan menaiki subway ke Gapyeong station dengan penukaran train di Wangsimni dan Mangu . Sepanjang perjalanan subway kami berdiri jer la sebab tak de tempat duduk dah dalamm train. Sampai jer station Gapyeong kami menaiki teksi ke Nami dock. Teksi disini semua menggunakan kereta Hyundai Sonata. Kos tambang dari Stesen Gapyeong ke Nami dock kira-kira 5600 won satu teksi. Sampai jer situ, terus ke kaunter untuk membeli tiket untuk ke Pulau Nami. Tiket juga dipanggil VISA untuk ke Pulau Nami berharga 10,000 won. Sekiranya anda tunjukkan passport anda, dapat la harga diskaun iaitu 8000 won.
Highlights
Nami Island
DAY 4 - Everland
23 Oktober 2013, South Korea
Everland nie merupakan taman tema…. Kawasan nie memang besar… Memang tak sempat nak main semua permainan yang ada dalam Everland nie.
Highlights
Everland
T Express Train
DAY 5 - Trick eyes and ice museum
24 Oktober 2013, South Korea
Hari nie pergi dua tempat iaitu Trick eyes museum dan Ice museum. Trick eye museum ni menggunakan lukisan 2D. Banyak gambar-gambar menarik di sini boleh ditangkap dengan kamera. Cuma ketika tangkapgambar perlu mengikut panduan yang diberi. Baru la nampak real sikit gambar yang tangkap. Mau x memang x jadi ler.... Tempat nie memang best la. Mujur kami datang tempat nie awal juga la. Lepas pada tue banyak orang datang. Memang kena tunggu turn la nak tangkap gambar.
Ice museum pulak memang terlalu sejuk. Suhu museum tu adalah pada -3 darjah. Cuba bayangkan dengan pakai sweater biasa masuk ke sana. Terlalu sejuk sampai kena keluar dari tempat tu dan masuk balik. Sepatutnya sekali dah keluar x boleh masuk dah. Kami keluar sampai dua kali siap kene bagi tegur lagi. Hahaha... Mujur dia bagi chance masuk sekali lagi. Petang tue dalam pukul 3.30 petang bertolak ke Itaewon untuk menunaikan solat. Memandangkan tempat tue ada masjid. Lepas je solat terus pergi makan dekat kedai berhampiran. Terdapat banyak kedai masakan halal di kawasan nie. Harga makanan untuk Nasi briyani sekitar RM30 sepinggan. Boleh kata harga standard seperti di Hong Kong dan Jepun. Jam kira-kira pukul 6.00 petang terus bertolak ke Nandaemun market untuk membeli sedikit barang. Nandeamun market nie banyak jual barangan cenderahati dan pakaian. Siap waktu jalan di kawasan menjual makanan "Abang abang mari lah beli, halal nie"... Wow... Siap cakap bahasa Malaysia lagi... Sebab ramai jer pengunjung dari Malaysia ke Korea.... Lepas je selesai, terus pergi ke Myeong-dong. Malam tue juga di Myeong-dong ternampak ada rakaman dari KBS buat liputan berita. Heheh... Bende yang best dekat Myeong-dong nie adalah barangan kosmetik. Memang untuk ladies sangat sesuai ke sini. Antara barangan kosmetik yang dijual disini dengan jenama Skin food, the face shop, etude house dan innisfree. Memang harga terbaik. Aku tengok pelancong dari Thailand siap borong banyak lagi di sini. Habis kot dalam RM700 ratus untuk beli barangan kosmetik. Memang berbaloi-baloi ler.
Highlights
Trick eye museum
Ice museum
DAY 6 - Hari Terakhir di Seoul, Korea
25 Oktober 2013, South Korea
Hari nie pukul 8.00 pagi dah gerak ke Eulgiro 4-ga station. Tujuan hari nie pergi ke Kwang Jang market sebab semalam kami pergi ke sana dalam pukul 9.30 malam dan banyak kedai disitu telah tutup. Kwang jang market nie terkenal dengan pelbagai kain terutamanya sutera korea. Banyak juga pengunjung dari Malaysia datang ke sini. Memborong kain dikawasan nie memang berbaloi-baloi sebab kualiti kain dari Korea adalah terbaik. Bak kata penjual korea Korea No.1. Hehehe.
Kwang jang market nie kira-kir 10 minit jalan kaki dari stesen subway. Banyak pilihan kain untuk dibeli. Pilih saja yang menarik. Jam pukul 10 pagi jer terus pulang ke tempat penginapan kami. Memandangkan penerbangan pulang ke Kuala Lumpur pada jam 4.25 petang. Kami check out dari tempat penginapan pada pukul 11.30 pagi melalui subway Sangwangsimni ke Hongik. University untuk penukaran laluan keretapi. Kami ke laluan airport railroad untuk ke Incheon International Airport. Perjalanan dari Sangwangsimni ke Incheon International Airport mengambil masa kira-kira 1 jam 30 minit. Sampai je airport dalam jam 1.30 petang pergi la tengok departure schedule. Erk! Flight delayed! 2 jam pulak tue... So, setelah check in bag dengan berat kira-kira 21.3 kg dan rehat sebentar. Lepas tue terus ke concourse hall untuk ke gate 24. Terdapat ruang untuk solat bagi muslim ke sana. So, kira mudah la juga untuk sembahyang di airport. Cuma pada mula tu tercari-cari juga mana la tempat solat. Prayer rooms di Incheon Airport nie banyak termasuk dari agam a lain. Semasa di departure hall tue ada ler line walk royal family... Maybe ada event kot masa tue... So, kami tiba di Kuala Lumpur pada jam 12.30 tengah malam. Al-kisah aku telah beli tiket MAS dari KL Penang. Naik dari KLIA jam 11.50 malam... Memang x sempat ler.... Next tunggu ler flight awal lagi pukul 5 pagi siap-siap check in beg.
Highlights
Kwang Jang Market
Kos Terlibat
# | Item | RM |
1 | Tempat menginap – 5 hari | 355 |
2 | T-Money Card – Kad untuk naik subway (5 hari) | 8.75 |
3 | Reload T-Money (KRW30,000) | 105 |
4 | Nami Island -Taxi from Gapyeong station to Nami dock -Taxi from Nami dock to Gapyeong station -Visa fee to Nami Island | 9.80 5.25 28.00
|
5 | Everland -Ticket Everland | 122.50
|
6 | Trick eyes museum and Ice museum | 52.50 |
| JUMLAH KESELURUHAN | 686.80 |
Shopping
Korea memang tempat shopping yang best. Harga memang murah jika dibandingkan dengan Jepun… So, dekat sini memang banyak juga barang yang shopping. Kebanyakannya barang untuk bayi;