Tertarik dengan entry yang aku jumpa nie… So aku nak kongsi ape yang aku jumpa nie… Semoga boleh buat renungan bersama….
Saper tahu… kan3… Hhaah
Assalamualaikum dan salam sejahtera kengkawan sume..
Semoga sihat selalu hendaknye.. Post kali ini bertajuk Wanita membeli Suami?..Tidak dinafikan semakin ramai wanita2 kini sudah mula membeli suami.. silalah bace dahulu kes dibawah ni..
Sebuah kedai unik bernama Kedai Suamiku yang menjual calon suami baru saja di buka di Las Penang. Kononnya di negara maju yang tunggang langgang ini, wanita boleh memilih dan membeli suami yang paling tepat untuknya. Di antara arahan yang ada di pintu masuk:
“ANDA DIBENARKAN MENGUNJUNGI KEDAI INI SEKALI SAJA SEUMUR HIDUP”
Kedai itu ada 6 lantai. Semakin tinggi lantainya, semakin tinggi pula harga lelaki yang berada di situ. Anda dapat memilih lelaki di lantai itu atau memilih lelaki di lantai berikutnya tetapi anda tidak boleh pilih lelaki di lantai sebelum itu.
Seorang wanita pergi ke Kedai Suamiku untuk memilih suami yang tepat untuknya.Setelah dia membayar caj masuk ke kedai tersebut dengan harga yang cukup mahal, dia mula masuk ke lantai pertama.
Di lantai 1 terdapat tulisan:
LANTAI 1: “Lelaki di lantai ini memiliki pekerjaan dan taat pada Tuhan.”
Kerana ingin suami yang lebih baik, kemudian ia memilih untuk naik lagi ke lantai berikutnya.
Di lantai 2 terdapat tulisan:
LANTAI 2: “Lelaki di lantai ini memiliki pekerjaan, taat pada Tuhan dan suka anak kecil.”
Kerana ingin suami yang lebih baik, kemudian ia memilih untuk naik lagi ke lantai berikutnya.
Di lantai 3 terdapat tulisan:
LANTAI 3: “Lelaki di lantai ini memiliki pekerjaan, taat pada Tuhan, suka anak kecil dan ambil berat.”
Wow.. fikir wanita tersebut, tapi dia masih tidak puas dan ingin untuk terus naik.Lalu sampailah wanita itu di lantai 4 dan terdapat tulisan:
LANTAI 4: “Lelaki di lantai ini memiliki pekerjaan, taat pada Tuhan,suka anak kecil, amat ambil berat dan suka membantu kerja rumah.”
“Biar betul..!” Wanita itu berkata, “Tak cayala…..!”.Wanita itu tidak puas dan tetap meneruskan ke lantai 5 dan terdapat tulisan
seperti ini:
LANTAI 5: “Lelaki di lantai ini memiliki pekerjaan, taat pada Tuhan,suka anak kecil, amat ambil berat, suka membantu kerja rumah dan memiliki sifat romantis.” Dia tergoda untuk berhenti di lantai 5, tapi kemudian dia melangkah pula ke
lantai 6 dan di lantai itu terdapat tulisan: (dia mengesat matanya kerana tidak
percaya pada apa yang tertulis)..
LANTAI 6: “Anda adalah pengunjung yang ke 23,421,643. Tidak ada lelaki dilantai ini.
Lantai ini diwujudkan semata-mata untuk jadi bukti betapa ramai wanita yang tidak pernah puas seperti anda! Terima kasih telah datang di Kedai Suamiku.
Hati-hati bila keluar dari kedai ini dan semoga hari ini adalah hari yang indah buat anda!”
MORAL: Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Orang tamak selalu rugi. Mudah2an kengkawan sume x berade ditangga terakhir ok..
No comments:
Post a Comment