Januari:
Asalnya nama Januari ialah daripada nama dewa Rom Janus, iaitu dewa pintu.
Februari:
Februari adalah bulan kedua dalam sebuah tahun dalam kalendar Gregory. Ia merupakan bulan terpendek dengan cuma 28 hari (29 jika tahun lompat). Februari dinamakan bersempena dewa Rom Februus, dewa penyucian.
Mac:
Mac adalah bulan ketiga dalam sebuah tahun dalam kalendar Gregory dan merupakan salah satu bulan yang mempunyai 31 hari. Mac dinamakan bersempena dewa Rom Mars, dewa perang.
Pada asalnya, Mac merupakan bulan pertama dalam kalendar Rom. Kemudian pada tahun 45 SM, Julius Caesar menambahkan bulan Januari dan Februari di hadapannya.
Mac bermula pada hari yang sama dengan Februari pada tahun biasa dan bulan November pada semua tahun.
April:
April adalah bulan keempat dalam sebuah tahun dalam kalendar Gregory dan merupakan salah satu dari empat bulan yang mempunyai 30 hari.
Nama "April" berasal daripada bahasa Latin aprilis, sama ada dari perkataan Latin aperire yang bererti "membuka", kemungkinannya merujuk kepada pokok-pokok berkembang pada musim bunga, ataupun daripada nama Aphrodite/Apru, dewi cinta orang Yunani.
April bermula pada hari yang sama dengan Januari pada tahun lompat dan bulan Julai pada semua tahun.
Mei:
Mei adalah bulan kelima dalam tahun dalam kalendar Gregory dan merupakan salah satu bulan yang mempunyai 31 hari. Nama bulan ini berasal dari nama dewi kesuburan orang Yunani, Maia.
Hari pertama bulan ini, 1 Mei dipanggil Hari Pekerja, dan merupakan cuti am di kebanyakan negara termasuklah Malaysia.
Tiada bulan yang bermula pada hari yang sama dengan bulan Mei.
Jun:
Jun adalah bulan keenam dalam sebuah tahun dalam kalendar Gregory dan merupakan salah satu bulan yang mempunyai 30 hari. Nama bulan ini berasal dari nama dewi Rom Juno.
Tiada bulan yang bermula pada hari yang sama dengan bulan Jun.
Julai:
Julai adalah bulan ketujuh dalam sebuah tahun dalam kalendar Gregory dan merupakan salah satu bulan yang mempunyai 31 hari.
Bulan ini dinamakan "Julai" kerana Julius Caesar dilahirkan pada bulan ini. Sebelumnya, ia dipanggil Quintilis, yang bererti "kelima" dalam bahasa Latin, kerana pada asalnya kalendar Rom bermula pada bulan Mac.
Julai bermula pada hari yang sama dengan Januari pada tahun lompat dan bulan April setiap tahun.
Ogos:
Ogos adalah bulan kelapan dalam sebuah tahun dalam kalendar Gregory dan merupakan salah satu bulan yang mempunyai 31 hari.
Bulan ini dinamakan "Ogos" bersempena Augustus Caesar dan mempunyai 31 hari supaya sama dengan bulan Julai. Sebelumnya ia dipanggil Sextilis, yang bererti "keenam" dalam bahasa Latin.
Di Malaysia, 31 Ogos merupakan Hari Kebangsaan negara Malaysia.
Ogos bermula pada hari yang sama dengan Februari pada tahun lompat.
September:
September adalah bulan kesembilan dalam satu tahun dalam kalendar Gregory dan merupakan salah satu bulan yang mempunyai 30 hari. Nama bulan ini berasal dari bahasa Latin Septem, yang bererti "ketujuh". September merupakan bulan ketujuh dalam kalendar Rom sehinggalah 153 SM.
September bermula pada hari yang sama dengan Disember pada setiap tahun.
Oktober:
Oktober adalah bulan kesepuluh dalam sebuah tahun dalam kalendar Gregory dan merupakan salah satu bulan yang mempunyai 31 hari. Nama bulan ini berasal dari bahasa Latin Octo, yang bererti "kelapan". Oktober merupakan bulan kelapan dalam kalendar Rom sehinggalah 153 SM.
Oktober bermula pada hari yang sama dengan Januari pada tahun biasa.
November:
November adalah bulan kesebelas dalam sebuah tahun dalam kalendar Gregory dan merupakan salah satu bulan yang mempunyai 30 hari. Nama bulan ini berasal dari bahasa Latin Novem, yang bererti "kesembilan". November merupakan bulan kesembilan dalam kalendar Rom sehinggalah 153 SM.
November bermula pada hari yang sama dengan bulan Februari dan bulan Mac pada setiap tahun kecuali pada tahun lompat.
Disember:
Disember adalah bulan keduabelas dalam sebuah tahun dalam kalendar Gregory dan merupakan salah satu bulan yang mempunyai 31 hari. Nama bulan ini berasal dari bahasa Latin Decem, yang bererti "kesepuluh". Disember merupakan bulan kesepuluh dalam kalendar Rom sehinggalah 153 SM.
Disember bermula pada hari yang sama dengan September pada setiap tahun.
No comments:
Post a Comment