Berminat untuk melancong ke Negara Jepun ? Negara Jepun mempunyai sistem pengangkutan awam yang cekap. Keseluruhan kawasan di dalam negara Jepun ada jaringan pengangkutan terutamanya keretapi.
Kadar bayaran bergantung kepada jarak, jumlah stesen dan jenis keretapi yang digunakan. Sebagai contoh kos penggunaan keretapi dari Kansai Airport ke Tokyo adalah sebanyak 15,020 Yen iaitu bersamaan RM593.29 (Kadar tukaran 100 Yen = RM0.0395) untuk perjalanan sehala. Bagaimana pula kos untuk dua hala iaitu bernilai RM1186.58. Sudah tentu kos ini terlalu tinggi bagi pelancong yang ingin menggunakan keretapi terutaama jenis Shinkansen (High Speed Bullet Train).
Langkah penjimatan untuk menggunakan perkhidmatan keretapi dibawah JR Railways anda perlu mendapatkan JR Pass yang terdapat dalam kombinasi perjalanan selama 7 hari, 14 hari dan 21 hari. Harga JR Pass adalah seperti berikut
Type:
Green
Ordinary
Duration
Adult
Child
Adult
Child
7-day
38,880 YEN
19,440 YEN
29,110 YEN
14,550 YEN
14-day
62,950 YEN
31,470 YEN
46,390 YEN
23,190 YEN
21-day
81,870 YEN
40,930 YEN
59,350 YEN
29,670 YEN
JR Pass hanya boleh dibeli diluar negara Jepun iaitu sebelum anda memulakan perjalanan ke Negara Jepun.
Terdapat 2 jenis JR Pass iaitu jenis Green dan Ordinary. Green adalah seperti kelas pertama dan Ordinary adalah seperti kelas biasa sahaja.
Kelebihan mempunyai JR Pass ini, anda dapat menggunakan perkhidmatan keretapi JR Railways sama ada keretapi biasa atau Shinkansen tanpa had di seluruh negara Jepun. Harga memang berbaloi jika dibandingkan dengan kos JR Pass tu sendiri.
Bila anda ada JR Pass anda juga dapat booking tempat duduk anda semasa menggunakan Limited Train Express atau Shinkansen.
Untuk perjalanan kami tempoh hari, kami membeli JR Pass untuk 7 hari iaitu bernilai 29,110 Yen (RM1150) untuk seorang. Bagi kanak-kanak berumur 5 tahun dan ke bawah tidak perlu JR Pass dan berkongsi tempat duduk sekiranya booking tempat duduk.
Nantikan sambungan Part 2 untuk tempat-tempat semasa di Jepun.
Berminat ke Ho Chi Minh City, Vietnam ? Tapi masih risau tentang keselamatan disana. Ho Chi Minh merupakan tempat membeli-belah dengan harga yang dikatakan agak murah jika dibandingkan harga di Malaysia. Pelbagai pilihan kain, baju dan barangan berasaskan kain amatlah murah.
Kos makanan terutamanya makanan halal adalah murah dibanding dengan negara yang minoriti penduduk muslim yang lain. Kos makanan bermula dari RM20 dan ke atas untuk pelbagai pilihan makanan lain untuk setiap orang. Makanan halal terdapat di Malaysian Street. Disitu terdapat ramai orang Malaysia makan disitu.
Vietnam merupakan negara yang popular dengan Kopi. Pelbagai francais kopi wujud di serata tempat sekiranyanya anda telah berkunjung ke Vietnam. Harga boleh didapati dari RM10 ke atas.
Bagi pengunjung yang menggunakan perkhidmatan teksi terdapat pelbagai pilihan teksi. Pastikan menggunakan perkhidmatan Vinasun Taxi. Perkhidmatan teksi ini terdapat meter di dashboard dan juga nama pemandu. Harga teksi ini boleh dikatakan agak mahal berbanding perkhidmatan Uber atau GrabCar. Pengunjung juga boleh menggunakan perkhidmatan Uber dan GrabCar yang mana nama pemandu dan juga nombor telefon pemandu dipaparkan. Harga Uber / GrabCar adalah berpatutan. Perkhidmatan adalah sah dan kerajaan telah memberi kebenaran untuk bereporasi.
Ramai pengunjung yang tahu Ho Chi Minh city tetapi berapa ramai yang tahu setiap bahagian telah dibahagikan didalam beberapa kategori district.
Ben Thanh Market terletak di dalam District 1.
Berikut adalah tempat penginapan semasa di Ho Chi Minh, Vietnam iaitu Somerset Vista Ho Chi Minh iaitu terletak di District 2. District 2 merupakan kawasan majoriti foreigner yang menetap di kawasan nie dan tahap keselamatan di anggap selamat dengan kemudahan teksi Vinasun.
Kepada yang berminat nak bawa family siap boleh masak dan basuh baju sekali.
Sebagai panduan 5,000 lebih kurang RM1. So, bagaimana cara nak mudah kira bila berurusan bila membeli belah disana bagi mengelakkan anda menggunakan kalkulator.
Sekiranya harga yang dipaparkan bernilan 200,000 VND. Buangkan 3 kosong dibelakang menjadikan 200. Nilai 200 tadi bahagi dengan 5. Menghasilkan 40. Iaitu bersamaan dengan RM40.
Berhadapan dengan Central Post Office
Berhadapan Saigon Opera House
Sekian. Penerbangan Ho Chi Minh - Kuala Lumpur - Penang. Malam tu fligh telah delay dari KLIA ke Penang disebabkan masalah mogok oleh pengurusan bagasi.