Wednesday, 18 April 2018

Maxis zerolution





S8Plus Retail price (2017) = RM3,667
12 Month Total (with device protection) = RM3,960


Scenario

Scenario 1 (Buy phone separately at official store)
1) You plan to purchase device at official store at RM3667. Then you plan to subscribe plan with any providers at RM60.
2) So, total yearly total payment RM3667 + (RM60 x 12) = RM4,387
3) Then, one year later you plan to upgrade with new phone.
4) You resale your old phone (best case your phone still in good condition) at 50% discount at RM1,833.
5) Then, new phone retail price at RM3,500. You just topup additional RM1,677
6) Total yearly with 2nd phone upgrade RM1,677 + (RM60 x 12) = RM2,397
7) Total for two (2) years RM4,387 + RM2,397 = RM6,784

Scenario 2 (Buy with Maxis zerolution)
1) Yearly total payment at RM3,960
2) Yearly total payment for 2nd phone upgrade after 12 months is approximate the same at RM3,960.
3) Total for two (2) years RM3,960 + RM3,960 = RM7,920
4) Additional RM1,136 fom scenario 1
So, where the saving part ???

Here the saving part
1) If your phone missing and accidential damage to your phone. Insurance provider will 1:1 replacement with additional premium payment from 15% to 50% RRP.
2) Subline is cheaper with unlimited calls, sms and quota sharing with main line at RM48.
3) No contract which mean you can terminate the plan at any time by full settlement phone balance.

Monday, 16 April 2018

Kelahiran anak ke-2



Begini ceritanya, 15 April 2018 hari Ahad pada jam 8.30 malam lebih kurang gitu. Wife ada cakap ada keluar tompok darah so masa tu kena bersiap sedia dah.... So sempat la siap-siap dulu dan makan-makan dulu...  So, kami keluar rumah pada jam 10.30 malam untuk ke Hospital Kulim. Jarak ke hospital kulim dalam 5-10 minit (lebih kurang 2.2km dari rumah).


Sampai hospital dalam pukul 10.30 tu sampai la ke hospital. Terus pergi ke emergency walaupun jalan kaki dari parking kereta.... So, petugas tu minta terus ke Wad Bersalin.




Sampai ke wad bersalin, nurse minta wife terus masuk ke dewan bersalin untuk pemeriksaan selanjutnya... So, hasilnya bukaan dah 5cm. Kebiasaan hospital benarkan untuk masuk dewan bersalin bila 5cm ke atas dalam pukul 11.00 malam gitu.

So, sekali dengan irsyad tunggu la dekat luar dewan. Buat aktiviti sendiri. Irsyad dengan aktiviti dia nak beli air dekat vending machine tu... Beli la air milo.  So, kami berdua turun la ke kereta ambik stroller irsyad senang nak bagi di tidur. 
Pukul 11.40 malam tanya balik status macam mana. Nurse cakap masih 5cm. Nurse cakap nanti tanya balik status dalam sejam kemudian.

Tiba-tiba pukul 12.30 tengah malam nurse panggil masuk sebab wife dah nak bersalin. Memandangkan aku bawa Irsyad, so tak dapat la masuk dewan bersalin. Masa nie irsyad belum tidur lagi.  So, dalam pukul 2.00 pagi masuk ke dewan bersalin tanya status macam mana. Nurse cakap dah bersalin pukul 1 tengah pagi. So, dalam 2.30 gitu baru tolak masuk ke wad.  So,  aku dengan irsyad balik ke rumah pada jam 3.30 pagi. 









Monday, 11 September 2017

Isi minyak dengan harga murah

Banyak cara untuk jimat penggunaan minyak dan ketika pengisian minyak. Antaranya dengan bawa tidak melebihi 100km/j dan mengisi minyak di awal pagi.

Kali nie nak berkongsi cara untuk mengisi minyak dengan harga murah.


Pernah dengan Kad Kredit Ikhwan Petronas ? Kad kredit nie percuma iaitu tiada yuran tahunan. Apa yang menarik tentang kad kredit nie ialah dengan pemberian rebet sebanyak 8% untuk pengisian minyak di stesen petronas pada hari Sabtu dan Ahad.


 
 
Berikut pengiraan untuk harga minyak RM2.20 seliter
 


Sekiranya tangka kenderaan anda sebesar 40 liter untuk setiap kali pengisian minyak. Dengan harga RM2.20 seliter anda perlu membayar RM88. Sekiranya anda menggunakan kad kredit Petronas Ikhwan anda hanya perlu membayar RM80.96 sahaja. Iaitu pada harga minyak RM2.02 seliter. Rebat akan dimasukkan ke dalam kad anda dalam tempoh 3 hari.


 

Saturday, 19 August 2017

Speedtest TM Unifi 50Mps dan 100Mbps. Free upgrade ke 100Mbps

Esok ada appointment dengan TM. TM nak datang untuk tukar hardware untuk free upgrade dari kelajuan 50Mbps ke 100Mbps secara percuma!

Dengan kelajuan 50Mbps dapat streaming content 4K kualiti tanpa buffering.

Gambar dibawah adalah speedtest dengan pakej 50Mbps. menggunakan WiFi band 5GHz.

So, nantikan update terkini speedtest selepas upgrade.


Berikut update setelah TM selesai upgrade







Speed test setelah upgrade.



Bagi yang menggunakan wireless band 5GHZ tiada masalah untuk mencapai speed sehingga 100Mbps. 

Dalam PC rumah nie pakai HomePlug iaitu menggunakan talian elektrik sebagai medium untuk transmit data. Kualiti cable wiring akan mempengaruhi kadar connection rate. Gambar dibawah setelah ditukar lokasi homeplug iaitu transmit/receive sekitar 380Mbps. Maksudnya disini maximum kelajuan kabel elektrik rumah sekarang sehingga 380Mbps. 






Sunday, 30 July 2017

Trip ke Cameron Highlands

Sebenarnya ingatkan nak pergi Cameron Highlands pada hari Ahad sebab tengok harga hotel terlalu mahal bila beli hari yang sama.

Lepas tu tengok-tengok point Agoda dah  cukup untuk tebus. DiGi pun tiap-tiap bulan ada discount 10% untuk booking melalui agoda.

So nie hasilnya selepas dapat discount dari Agoda dan DiGi. Harga asal USD65.52 tetapi selepas discount cuma USD34.34. So, apa lagi teruslah booking.


Tempat lawatan;

1) Taman AgroTeknologi Mardi Cameron Highlands

  • Bayaran masuk RM5 untuk dewasa
  • RM2 untuk warga emas. Pastikan tunjuk kad pengenalan. 
  • Kanak-kanak berusia 5 tahun dan kebawah percuma.


2) Cameron Lavender Garden Cameron Highlands

  • Bayaran RM10 untuk dewasa dan warga emas
  • Kanak-kanak berusia 5 tahun dan kebawah percuma

Tempat penginapan

1) Hotel Titiwangsa
  • Termasuk sarapan bagi. Iaitu buffet Nasi Lemak, Mee, Roti dan lain-lain
  • Steamboat juga disediakan. Kena tempah melalui laman web hotel titwangsa.



















Thursday, 1 June 2017

[Part 1] Persediaan Ke Jepun dengan JR Pass

Berminat untuk melancong ke Negara Jepun ? Negara Jepun mempunyai sistem pengangkutan awam yang cekap. Keseluruhan kawasan di dalam negara Jepun ada jaringan pengangkutan terutamanya keretapi.

Kadar bayaran bergantung kepada jarak, jumlah stesen dan jenis keretapi yang digunakan. Sebagai contoh kos penggunaan keretapi dari Kansai Airport ke Tokyo adalah sebanyak 15,020 Yen iaitu bersamaan RM593.29 (Kadar tukaran 100 Yen = RM0.0395) untuk perjalanan sehala. Bagaimana pula kos untuk dua hala iaitu bernilai RM1186.58. Sudah tentu kos ini terlalu tinggi bagi pelancong yang ingin menggunakan keretapi terutaama jenis Shinkansen (High Speed Bullet Train).


Langkah penjimatan untuk menggunakan perkhidmatan keretapi dibawah JR Railways anda perlu mendapatkan JR Pass yang terdapat dalam kombinasi perjalanan selama 7 hari, 14 hari dan 21 hari. Harga JR Pass adalah seperti berikut

Type:
Green
Ordinary
Duration
Adult
Child
Adult
Child
7-day
38,880 YEN
19,440 YEN
29,110 YEN
14,550 YEN
14-day
62,950 YEN
31,470 YEN
46,390 YEN
23,190 YEN
21-day
81,870 YEN
40,930 YEN
59,350 YEN
29,670 YEN


JR Pass hanya boleh dibeli diluar negara Jepun iaitu sebelum anda memulakan perjalanan ke Negara Jepun.

Terdapat 2 jenis JR Pass iaitu jenis Green dan Ordinary. Green adalah seperti kelas pertama dan Ordinary adalah seperti kelas biasa sahaja. 

Kelebihan mempunyai JR Pass ini, anda dapat menggunakan perkhidmatan keretapi JR Railways sama ada keretapi biasa atau Shinkansen tanpa had di seluruh negara Jepun. Harga memang berbaloi jika dibandingkan dengan kos JR Pass tu sendiri.

Bila anda ada JR Pass anda juga dapat booking tempat duduk anda semasa menggunakan Limited Train Express atau Shinkansen. 


Untuk perjalanan kami tempoh hari, kami membeli JR Pass untuk 7 hari iaitu bernilai 29,110 Yen (RM1150) untuk seorang. Bagi kanak-kanak berumur 5 tahun dan ke bawah tidak perlu JR Pass dan berkongsi tempat duduk sekiranya booking tempat duduk.

Nantikan sambungan Part 2 untuk tempat-tempat semasa di Jepun.


Sunday, 19 March 2017

Perjalanan ke Ho Chi Minh City

Berminat ke Ho Chi Minh City, Vietnam ? Tapi masih risau tentang keselamatan disana. Ho Chi Minh merupakan tempat membeli-belah dengan harga yang dikatakan agak murah jika dibandingkan harga di Malaysia. Pelbagai pilihan kain, baju dan barangan berasaskan kain amatlah murah.

Kos makanan terutamanya makanan halal adalah murah dibanding dengan negara yang minoriti penduduk muslim yang lain. Kos makanan bermula dari RM20 dan ke atas untuk pelbagai pilihan makanan lain untuk setiap orang.  Makanan halal terdapat di Malaysian Street. Disitu terdapat ramai orang Malaysia makan disitu.



Vietnam merupakan negara yang popular dengan Kopi. Pelbagai francais kopi wujud di serata tempat sekiranyanya anda telah berkunjung ke Vietnam.  Harga boleh didapati dari RM10 ke atas.



Bagi pengunjung yang menggunakan perkhidmatan teksi terdapat pelbagai pilihan teksi. Pastikan menggunakan perkhidmatan Vinasun Taxi. Perkhidmatan teksi ini terdapat meter di dashboard dan juga nama pemandu. Harga teksi ini boleh dikatakan agak mahal berbanding perkhidmatan Uber atau GrabCar. Pengunjung juga boleh menggunakan perkhidmatan Uber dan GrabCar yang mana nama pemandu dan juga nombor telefon pemandu dipaparkan. Harga Uber / GrabCar adalah berpatutan. Perkhidmatan adalah sah dan kerajaan telah memberi kebenaran untuk bereporasi. 


Ramai pengunjung yang tahu Ho Chi Minh city tetapi berapa ramai yang tahu setiap bahagian telah dibahagikan didalam beberapa kategori district. 


Ben Thanh Market terletak di dalam District 1.  



Berikut adalah tempat penginapan semasa di Ho Chi Minh, Vietnam iaitu Somerset Vista Ho Chi Minh iaitu terletak di District 2. District 2 merupakan kawasan majoriti foreigner yang menetap di kawasan nie dan tahap keselamatan di anggap selamat dengan kemudahan teksi Vinasun. 





Kepada yang berminat nak bawa family siap boleh masak dan basuh baju sekali.




Sebagai panduan 5,000 lebih kurang RM1. So, bagaimana cara nak mudah kira bila berurusan bila membeli belah disana bagi mengelakkan anda menggunakan kalkulator. 

Sekiranya harga yang dipaparkan bernilan 200,000 VND. Buangkan 3 kosong dibelakang menjadikan 200. Nilai 200 tadi bahagi dengan 5. Menghasilkan 40.  Iaitu bersamaan dengan RM40. 




Berhadapan dengan Central Post Office


Berhadapan Saigon Opera House


Sekian. Penerbangan Ho Chi Minh - Kuala Lumpur - Penang. Malam tu fligh telah delay dari KLIA ke Penang disebabkan masalah mogok oleh pengurusan bagasi. 



TM Unifi 800Mbps

  Unifi 800Mbps download and 200Mbps. Speed test from FAST and SpeedTest shown the both download and upload speed as per subscribed.