Sunday, 29 April 2018

Cara sekat penggunaan internet

Kali nie nak kongsi cara untuk sekat penggunaan internet. Terutama jika ada anak-anak menggunakan Youtube atau tengok online streaming terlebih waktu.

Fungsi di cuba pada router jenis TP-Link.

Langkah pertama, pergi ke browser anda dan masukkan 192.168.0.1



Selepas itu tekan butang Advanced dan tekan Parental Controls.



On fungsi Parental Controls dan tekan ok. Selepas itu pilih device yang anda nak lakukan sekatan. Contoh dibawah untuk TV. Jika anda nak sekat penggunaan ipad tekan View Existing Devices dan pilih device tersebut.


Pilih Internet Access Time. Bermakna bila waktu sekatan bermula. Sebagai contoh untuk TV dirumah disekat penggunaan Youtube dari jam 10.00 malam sehingga 7.00 pagi. Memandangkan Irsyad selalu tengok Youtbe sampai pukul 12 - 1.00 tengah pagi... Hahah... Nanti dia tanya cakap internet x da. :)


Ok. Part nie penting. Kena masukkan keyword. Contoh kita nak sekat youtube just masukkan youtube. Pastikan restriction policy blacklist di tekan. Selepas itu tekan butang Save. 
Policy diaktifkan secara automatik selepas butang save ditekan. Tidak perlu restart router anda.


Friday, 27 April 2018

Cara untuk start kereta yang menggunakan keyless



Semalam nak balik kerja, tiba-tiba kereta tak boleh nak start. Bateri remote kereta dah nak habis. Kereta tak dapat kesan remote kereta. Apa terjadi ? Bila tekan START pun tak kereta tak dapat nak start. So nie panduan untuk sesiapa yang pakai kunci kereta keyless.

Pertama, jika bateri kereta habis tentu anda tak dapat masuk kereta. So, keluarkan kunci kereta disisi remote kunci tersebut. Lepas tu buka pintu. Alarm akan berbunyi.

Kedua, letakkan remote kunci kereta dekat butang START. Anda akan kedengaran bunyi unlock dari kereta anda. Terus tekan break dan tekan START button untuk hidupkan kereta anda.  Enjin dah start alarm pun dah tutup... Boleh mulakan pemanduan anda.











Wednesday, 18 April 2018

Maxis zerolution





S8Plus Retail price (2017) = RM3,667
12 Month Total (with device protection) = RM3,960


Scenario

Scenario 1 (Buy phone separately at official store)
1) You plan to purchase device at official store at RM3667. Then you plan to subscribe plan with any providers at RM60.
2) So, total yearly total payment RM3667 + (RM60 x 12) = RM4,387
3) Then, one year later you plan to upgrade with new phone.
4) You resale your old phone (best case your phone still in good condition) at 50% discount at RM1,833.
5) Then, new phone retail price at RM3,500. You just topup additional RM1,677
6) Total yearly with 2nd phone upgrade RM1,677 + (RM60 x 12) = RM2,397
7) Total for two (2) years RM4,387 + RM2,397 = RM6,784

Scenario 2 (Buy with Maxis zerolution)
1) Yearly total payment at RM3,960
2) Yearly total payment for 2nd phone upgrade after 12 months is approximate the same at RM3,960.
3) Total for two (2) years RM3,960 + RM3,960 = RM7,920
4) Additional RM1,136 fom scenario 1
So, where the saving part ???

Here the saving part
1) If your phone missing and accidential damage to your phone. Insurance provider will 1:1 replacement with additional premium payment from 15% to 50% RRP.
2) Subline is cheaper with unlimited calls, sms and quota sharing with main line at RM48.
3) No contract which mean you can terminate the plan at any time by full settlement phone balance.

Monday, 16 April 2018

Kelahiran anak ke-2



Begini ceritanya, 15 April 2018 hari Ahad pada jam 8.30 malam lebih kurang gitu. Wife ada cakap ada keluar tompok darah so masa tu kena bersiap sedia dah.... So sempat la siap-siap dulu dan makan-makan dulu...  So, kami keluar rumah pada jam 10.30 malam untuk ke Hospital Kulim. Jarak ke hospital kulim dalam 5-10 minit (lebih kurang 2.2km dari rumah).


Sampai hospital dalam pukul 10.30 tu sampai la ke hospital. Terus pergi ke emergency walaupun jalan kaki dari parking kereta.... So, petugas tu minta terus ke Wad Bersalin.




Sampai ke wad bersalin, nurse minta wife terus masuk ke dewan bersalin untuk pemeriksaan selanjutnya... So, hasilnya bukaan dah 5cm. Kebiasaan hospital benarkan untuk masuk dewan bersalin bila 5cm ke atas dalam pukul 11.00 malam gitu.

So, sekali dengan irsyad tunggu la dekat luar dewan. Buat aktiviti sendiri. Irsyad dengan aktiviti dia nak beli air dekat vending machine tu... Beli la air milo.  So, kami berdua turun la ke kereta ambik stroller irsyad senang nak bagi di tidur. 
Pukul 11.40 malam tanya balik status macam mana. Nurse cakap masih 5cm. Nurse cakap nanti tanya balik status dalam sejam kemudian.

Tiba-tiba pukul 12.30 tengah malam nurse panggil masuk sebab wife dah nak bersalin. Memandangkan aku bawa Irsyad, so tak dapat la masuk dewan bersalin. Masa nie irsyad belum tidur lagi.  So, dalam pukul 2.00 pagi masuk ke dewan bersalin tanya status macam mana. Nurse cakap dah bersalin pukul 1 tengah pagi. So, dalam 2.30 gitu baru tolak masuk ke wad.  So,  aku dengan irsyad balik ke rumah pada jam 3.30 pagi. 









TM Unifi 800Mbps

  Unifi 800Mbps download and 200Mbps. Speed test from FAST and SpeedTest shown the both download and upload speed as per subscribed.