Salam Ramadhan…. Buka saje akhbar hari nie… Mesti dan semestinya ada saja berita mengenai gejala pembuangan bayi… Memang tidak dinafikan tahap kelahiran @ kesuburan si pelaku maksiat nie dijadikan cepat saja ada “HASIL” akibat melakukan perkara TERKUTUK itu… Walhal pasangan yang mendirikan rumahtangga masih menunggu lebih dari setahun untuk memperoleh cahaya mata…
Pelik tapi benar… Itulah kisah kehidupan hari ini… Sebut saja pembuangan bayi… Ada saja yang menyebut kes gejala sosial…. dan pelbagai pihak disalahkan… Adakah dengan menyuruh anda terjun bangunan 88 tingkat anda mahu! Tidak bukan! Dan siapa disini dengan rela hati terjun dengan ketinggian tersebut… dan rakannya menunggu dibawah…. Bila kemalangan berlaku dan sebutlah si polan itu suruh si polan ini terjun bangunan!
Itulah ragam kehidupan masakini… Meletakkan masalah diri kepada pihak lain…. “Menunding ke arah lain” …
Kes pembuangan bayi ini tidak asing lagi salah kedua-dua pihak…. Baik si “JANTAN” dan si “BETINA” itu…Tidak berlaku jika hanya pada sebelah pihak….
Persoalannya sekarang????… Apabila perkara yang melampau batas itu telah berlaku….kekusutan yang teramat sangat adalah di pihak si “B”…. dan si “J” bermulalah mencari jalan….Mungkin juga jalan menuju kejayaan (aka melepaskan diri)…. Senang sangat ke hidup si “J” selepas nie…. ??? Ye senang di DUNIA…. sukar di AKHIRAT…. Almaklumla hidup di DUNIA di sekali je….
Begitulah hakikat tertumpahnya rasa CINTA yang lebih kepada sesama makhluk…..Amat sedikit diperkatakan rasa CINTA terhadap PENCIPTA alam ini…
Sudah menjadi kelaziman di DUNIA ini…Manusia dijadikan berpasangan…. TETAPI hendaklah dengan ikatan yang SAH!!!….. Mereka bangga… bila ada pasangan yang belum sah ikatannya…. Kerana apa? Ya…. Boleh la dipertontonkan kepada rakan-rakan…..STANDARD la… Bila sebut macam nie… Banyak pula perkara yang dilontarkan… HEBAT betul!!! Mereka BIJAK mempertahankan diri… Senang cakap DIORANG je la betul…..
Hakikat sebenarnya…. Semua ini bermula diRUMAH anda! Kenapa? Didikan daripada ibubapa adalah PERISAI yang penting terhadap perkara ini…Bila disebut didikan banyak yang tertumpu kepada didikan AGAMA? Bukan begitu? Cuba fikir sebentar…. Berapakah ramai kes pembuangan bayi ini berlaku dikalangan bukan beragama ISLAM? Cuba kira…
Ya, dah dapat jawapan? Ok… Bagus… Ramai orang yang memiliki AGAMA….Berkopiah putih…. dan bermacam-macam lagi…. Walhal sekarang wujud golongan yang berkopiah putih dan tingkah laku tidak seputih kopiahnya…. Macam-macam kan kejadian sekarang…
<TEPUK DADA TANYA SELERA> ? Eh boleh lagi ke? <TEPUK DADA TANYA IMAN> Boleh lagi ke? Mau iman pun kurang? <TANYA KEPADA YANG ARIF> Senang…..
DUA PERASAAN KASIH YANG TIDAK BOLEH BERTEMU DALAM SATU WAKTU :
Kasihkan ALLAH dan kasihkan MAKSIAT
Kasihkan JIHAD dan kasihkan HAYAT
Kasihkan PENGORBANAN dan kasihkan HARTA
Kasihkan KEBENARAN dan kasihkan KEKUASAAN
Kasihkan KEDAMAIAN dan kasihkan KEKUASAAN
Kasihkan KEBAJIKAN dan kasihkan DIRI SENDIRI
Kasihkan PERJUANGAN dan kasihkan KEREHATAN
Kasihkan RAKYAT dan kasihkan PENINDASAN
Kasihkan KEJUJURAN dan kasihkan PENIPUAN
Sekian…..
Sedikit gambar